Tuesday, May 3, 2016

#BERHENTI KERJA

Salam...

Dah lama tak update blog kan? Saya hairan, macam mana orang penulis lain sempat berblog, menulis, update FB bertweeter, berIG etc sedangkan saya hanya mampu untuk buat beberapa perkara sahaja dalam satu masa.

Okay... sebab dah lama sangat tak update blog, jom dengar I membebel dulu. Coz I know you have missed a lot of things.

Today is officially I am at home - at home, means buat kerja sendiri di rumah. No more nine to five - yang selalunya end up at 8 pm. No more chasing train in the morning. No rules nothing. Except ONE thing....

What is that one thing, listen here.

In and out of the job, for various reasons. Rasanya saya dah boleh adapt dengan situasi dengan begitu cepat. Macam spesis reptilia pula rasanya :D.

Kalau kerja di ofis, perlukan skill untuk multi-task yang tinggi, bekerja sendiri dari rumah, pula requires another skill- a high degree of discipline, which is extremely challenging to most people. And I am lucky to to possess both- perhaps, not possess- it is all about training and again, discipline. Especially writing, which requires concentration. Eh, nak tulis novel pun kena concentrate huh?
Yes, dear. If you don't already know.

"How do you juggle between work and family?"
It is in the WILL and DISCIPLINE.
And it is not easy because I have to tell you it would be easier to lie down in front of the TV and enjoy your favourite programmes.

At the moment, I am half writer, half mother and half wife. Boleh gitu? All together become one.

Waktu mula-mula berhenti kerja, saya ambil masa 2-3 bulan untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru. Kemudian, kerja balik sekejap. Then berhenti kerja lagi. A lot of people have been asking. After this, what? 

This time, time will tell. At the moment, just enjoy every moment. Tawakkal.

Sounds easy huh. And a lot of people NOW envy me. Boleh buat apa sahaja sesuka hati. Jeles, kan? It does sound easy, unless if you were in my shoes. Sounds so good, until you know the brutal truth. Whatever it is, I am glad for being given all the opportunities.

Betul kata orang, kalau kita tengok sesuatu yang 'best' sangat pasal seseorang. Please look 10-20 years behind them. What they have gone through. Selalunya saya akan lihat ke belakang insan-insan yang berjaya. Sebagai pemangkin semangat, tetapi seminggu dua ini, saya banyak tengok ke belakang hidup saya sendiri. Muhasabah diri. Kemudian saya senyum sendiri. Teringat katak-kata seorang kawan lama.

'Ada hikmahnya semua tu, Zura.'

Dulu, saya tak boleh terima. It took me a while before I boleh kata pada diri sendiri yang I redha. Sesuatu yang pelik berlaku apabila saya tuturkan perkataan 'redha' ikhlas dari hati. Banyak perkara baik yang datang. Dan untuk 'redha' itu bukan sesuatu yang mudah.


Okay, back to work.
#nakpackbarang
#buatlistgroceries
#buatappointmentADT
#ihaveadream
#tawakkal
#redha

Sunday, March 6, 2016

Great Ocean Road - Saat Cinta Mula Bersemi...


BAB 57 - JANGAN GODA AKU

KATA  Azhar, Great Ocean Road yang panjangnya 243 kilometer merentasi bandar-bandar di Victoria seperti Turquay dan Allansford itu dibina sempena mengingati perajurit-perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Jalan itu merupakan satu memorial perang yang paling besar di dunia. Sepanjang perjalanan, mereka berhenti dua kali di lookout points untuk meninjau the Great Ocean Road yang berliku-liku dari atas bukit. Panoramanya amat cantik dan mengagumkan.
“Sebelum bermalam di Port Campbell, kita berhenti sekejap di Great Ocean Road. Kat sini you boleh nikmati keindahan The Twelve Apostles, Loch Ard Gorge, The Grotto dan London Arch puas-puas. Tak lama lagi kita akan sampai,” kata Azhar yang mengambil alih tugas sebagai pemandu pelancong daripada Shen. “Twelve Apostles ni memang terkenal, jadi you mesti tengok,” tambah Azhar lagi.





Lyn Jasmine berhati-hati menuruni anak-anak tangga untuk melihat the Twelve Apostles dan kawan-kawannya secara lebih dekat. Dengan langkah yang lebih panjang, Shen sudah mendahuluinya. Azhar sudah hilang entah ke mana. Dia mengambil beberapa keping gambar lagi. Shen menolongnya mengambil gambar yang cantik, berlatarbelakangkan the Twelve Apostles.
Sekelip mata sahaja, dalam sepuluh atau 15 minit, keadaan bertukar gelap. Cuma terdapat dua orang pengunjung berdekatan mereka. Pasangan kekasih barangkali, tekanya. Tiba-tiba pasangan itu berkucupan mesra. Lyn Jasmine tersentak, dia melarikan pandangan ke arah Shen yang berdiri tidak jauh dari situ. Bimbang jika dia juga sedang menonton aksi romantis pasangan tersebut. Lega kerana Shen sedang memandang ke arah bertentangan. Kemudian, pasangan kekasih tersebut beredar. 


SHEN DAN LYN JASMINE@ 12 APOSTLES

Sekarang hari semakin gelap. Selamatkah mereka di situ? Di tempat begitu malam-malam begini?  “Jom kita naik?” Bagaikan mendengar kata hatinya, Shen mengajaknya beredar.
Lyn Jasmine menurut.
Separuh jalan, mereka berhenti di atas tangga, enggan meninggalkan kedamaian the Twelve Apostles dalam malam yang mula memekat. Mereka berada di situ buat beberapa minit lagi. Hari semakin gelap walaupun jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 petang. Tiupan angin semakin kuat. Badannya ditiup kasar, dia yang hanya mengenakan jaket nipis sudah mula menggigil. Tangannya yang terdedah mula membeku. Lyn Jasmine menggosok-gosok tangan sendiri.
“Sejuk?” Shen bertanya. 
Lyn Jasmine hanya mengangguk perlahan. 
Tiba-tiba Shen membuka jaket yang sedang dipakainya, jaket dihulur kepada Lyn Jasmine.
Lyn Jasmine menggeleng, menolak. “Oh, tak apa… nanti you pulak sejuk.”
Gugup, Lyn Jasmine melarikan matanya. Dalam kesuraman malam, dia masih dapat melihat pandangan redup Shen menusuk matanya.
“I tak apa-apa. I dah biasa.” Tangannya masih menghulur jaket.
Perlahan-lahan Lyn Jasmine mengambil jaket yang dihulur Shen dan memakainya. Sekarang dia memakai dua jaket dan Mr Perfect berlagak yang sombong dan perasan bagus itu berada dalam kesejukan dengan hanya memakai baju T. Sudah tentunya Shen berasa sejuk. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa.
Shen meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek jeans biru muda ‘washed look’ yang seakan lusuh. Pandangan dilempar ke arah lekuk-lekuk di sekitar pinggir laut. Dalam gelap, Lyn Jasmine mengintai figura tinggi dan kacak di hadapannya. Lelaki itu kelihatan semakin menarik dalam pakaian begitu. Ada satu aura nakal dan seksi apabila Shen berpakaian santai seperti itu.  Dia kelihatan begitu mempersonakan.
Seperti mengetahui diri diperhatikan, Shen berpaling ke arahnya. Dalam gelap samar-samar, Lyn Jasmine masih dapat melihat pandangan redup Shen menikam matanya. Gugup, Lyn Jasmine melarikan matanya. Dia berpura-pura membetulkan jaket yang ditiup angin.
Shen mendekatinya. Langkahnya perlahan sahaja. Semakin hampir langkah Shen, semakin kuat dadanya berdetak. Lyn Jasmine menahan nafas apabila Shen berhenti betul-betul dekat dengannya, menundukkan kepala ke wajahnya, dan berkata perlahan, “I got you.” Seksi sekali.
Buntang matanya akibat terkejut. Perasaan keliru dan takut silih berganti. Hangat hembusan nafas lelaki itu menampar pipinya yang hampir beku. 
“Hmm?” Bibirnya terasa kering. Itu sahaja yang mulutnya mampu berkata-kata.
I caught you watching.” Senyum senget kelihatan di tepi bibirnya. Sinis dan nakal. Shen terus melangkah selepas menuturkan ayat yang membuatnya terkaku. 



Saturday, March 5, 2016

My Pink Lady



TELEFON pintarnya bergetar. Shen telah meletakkan telefon pada silent mode ketika dia memasuki bilik mesyuarat tadi. Setelah meninggalkan kerja untuk beberapa hari, hari pertamanya di pejabat  menjadi terlalu padat. Namun, hatinya gembira. Tanpa sedar, sudah tiba waktu ofis ditamatkan.
“Assalamualaikum!” Suara ceria menyapanya dia sebelah sana.
“Din! Waalaikumussalam.” Shen menyandar santai di kerusi.
“Hmm... dah bagitahu?”
Shen yang masih di dalam mood kerja terpinga-pinga. “Bagitahu apa ni?”
Tell her that you love her, that you want to marry her.” Satu ketawa kecil kedengaran di hujung ayat tersebut.
Din. Please stop making fun of this. It’s not funny at all.”
Gelak kecil Din melarat. Din melepaskan tawa. “Janganlah serius sangat bro. Relakslah. Sebelum ni, benda-benda macam ni, kacang! Tak ada apa-apa kesan pun kat you. Kenapa kali ni, lain macam aje bunyinya?”
“Dahlah. You are not helping.”
“I telefon ni sebab you tak jawab WhatsApp I. Sibuk ke?”
“Sibuk tak sibuk, I baru dapat duduk. Anyway, pasal apa?”
“I dah masukkan cek ke dalam akaun you. I dah jual separuh saham IHH tu. I tengah standby nak beli saham yang I cakap tempoh hari. Tunggu dia turun sikit lagi, I terus beli.”
Okay, thanks.” 
“Macam mana dengan Pink Lady kita?” tanya Din, siap dengan label lagi. 
“I dah puas makan dia di Melbourne hari tu.”
What? Bro, you’ve got to be kidding!”




 Pink Lady ialah sejenis epal yang kulitnya berwarna merah jambu yang mana isinya sungguh manis dan ranggup.





Kali ini giliran Shen pula untuk membalas ketawa Din tadi. Shen tahu apa yang dimaksudkan dengan Pink Lady oleh Din tadi, atau lebih tepat, siapa.
“Hey, serius ni?” Din mengetahui akan pemergiannya bersama Lyn Jasmine ke Melbourne minggu lepas. 
Lyn Jasmine kini digelar Pink Lady, bukannya perempuan pink seperti yang dilabel Din sebelum ini. Tarafnya naik satu tangga.
“You ingat I ni apa?”
“Kus semangat. I ingat you dah hilang akal dah.”
“Nampak seperti you tak kenal kawan you ni.”
Bro, I ingat you kena istikharah la.”
“Istikharah? Apa tu?”
“Solat. Sembahyang sunat dua rakaat untuk meminta petunjuk.”
“Minta petunjuk untuk apa?”
“Petunjuk untuk mengetahui sama ada you perlu kejar perempuan ni atau tidak. Keadaan you ni, merbahayakan.” Perlahan sahaja tutur kata Din, namun berbau serius.
Keseriusan Din menakutkan Shen. Shen gelak sinis dengan kawannya yang terlebih risau. “You are overreacting.”
Bro, apa pula overreacting. Hari tu you cakap you nak kahwin dengan dia, kan? Tak serius ke tu? Ini kes berat ni. Bila kali terakhir you sebut pasal kahwin? Pernah tak you sebut pasal kahwin? Tak pernah, kan? Tiba-tiba you cakap you nak kahwin dengan minah ni pula. Menakutkan tau!”
Shen tidak dapat menahan tawa dengan reaksi Din. Bersungguh-sungguh Din menyatakan kerisauannya.
“You jangan gelak. Apa minah ni dah buat kat you?”
She didn’t do anything and that’s the beauty of it. And from now on, stop calling her minah. She’s got a name. A nice one,” tutur Shen serius.
“Ini memang benar-benar parah.”
“Betul, I tak main-main.”
“Okey, apa nama dia?”
“Jasmine.”
“Jasmine... So, your Pink Lady is Jasmine?” Din bertanya untuk kepastian.
“Yeah.” Suara Shen mula kendur. Sekurang-kurangnya Pink Lady lebih sedap didengar berbanding ‘minah’.
“Susah macam ni. Kalau you betul-betul yakin, dah tak perlu beristikharah lagi. You solat hajatlah.”
“Din, you ni tak habis-habis dengan solat. Perkara macam ni bukan dapat diselesaikan dengan sembahyang!”
“Usaha dan doa, adalah senjata kita orang Islam. Selepas you buat semua tu, you tawakal. Ingat - usaha, doa dan tawakal.” Bersungguh-sungguh Din menasihati.



Saturday, February 27, 2016

tempat makan best di seoul korea

hari ni baru saya perasan yg banyak post tentang korea semuanya dalam draft form. adoi... macam mana boleh lupa. forgive my busy schedule.

alright. let's go straight to the point.
saya... jenis yg suka explore makanan setiap negara/ tempat yang saya pergi. and actually i have always wanted to try kimchi. pernah try kimchi soup kat hotel Palace of the Golden Horses. mmg superb. extremely delicious though too spicy sampai within 30 minutes perut saya memulas.

but then i said to my husband.
"Yang, i must try the authentic kimchi. in korea."
husband senyum dan berkata, "are you sure?taknaklah saya!"
"i must try." i said.

ini rupa kimchi.
seriously i just could not swallow this thingy.






kimchi noodle on the other hand, is tasty. a must try. a bit pedas for children but my little baby loves it. sorry gambar berselerakan sebab saya menaip dengan hp. ada ada aje hp ni... silap haribulan semua hilang.

okay... kalau nak ikutkan lidah saya ni... kat korea ni dua makanan ni sahaja yang saya boleh makan. rice cakes ke apa ke yg dia orang proposed kat Itaewon tu saya tak boleh makan.

this restaurant... serving grilled lamb mmg superb. YangGood restaurant. kalau nak tahu macam mana nak ke sana... sorry you have to google. ada banyak blog yg cerita pasal tempat ni. agak susah untuk ke sana. kami sebenarnya dah penat tp disebabkan curiousity tu kami redah juga. and it worths all the trip. memang sedap. kami berdua hari tu spent about rm200 after dah convert. kiranya kalau nak makan kat sini mesti bersedia dengan lbh duit.

nota : saya lebih suka jepun kerana banyak makanan yang boleh dicuba, murah dan sedap. nanti bila ada masa saya cerita pasal jepun pula





Seoul Day 4- GANG NAM

Gang Nam... rasanya semua orang tahu or at least have heard of this. the famous korean song... gang nam style.
so... we took the opportunity to visit this place. curious nak tahu apa yg ada kat sini walaupun kaki dah penat berjalan naik turun train.

FYI, korea is more or less like Japan and Hong Kong. Train connection dia... alahai... banyak kena guna kaki. Especially macam kami ni datang dengan budak kecik dan bawa stroller lagi. Jauh nak berjalan pusing sana sini nak cari train line or nak keluar from the train station.
memang hassle lah kalau datang korea bawa small children.

sebab tu juga kot koreans are mostly slim. dia orang banyak berjalan and maybe due to their eating patten as well.

okay... i dah merepek. hmm... datang gang nam sebab semata mata nak tengok apa yg gang nam sgt about this place.

keluar je dr tran station...Gang Nam station rasanya nama dia...

wah! the luxury looking shopping mall reminds me of harrods in London or  Kurfurstendamm (or KaDeWe) in Berlin.
the shopping mall itself is a statement of wealth and luxury. Tapi kan... walaupun semuanya nampak luxurious and high class... dia orang ttap melayan kita orang just like any other high class customers. semuanya designer brands... and beautiful. klu lah i ni belong to the rich and famous i would definitely come here to shop for boots.
i rest my case. i think korea has the largest array of boots - gorgeous and beatiful boots that any boots lover would die for.
shopping mall

pastu... keluar dari situ... nampak pula benda cute ni... apa dia. check these out!
6











Seoul Day 2 - Myeongdong

Haaa... after we got back from Everland, lepas rehat-rehat, mandi dan makan, we all keluar merayap kawasan sekitar. Since our hostel is located in Myeong-dong area, sightseeing at night time is not a problem. There are plenty of things to do and to see.

So malam tu... kami jalan jalan sekitar Myeong-dong. Across the street, there's Uniqlo and all kinds of cosmetic shops. Just name it - ETUDE, The Face, Skin Food, Tony Molly, Nature Republic... Berpinar-pinar mata ni. To those who loveeeee SKINCARE and cosmetics, this is the place for you.
My verdict - MUST TRY. MUST BUY.

See....

More...

You'll go crazy...

Socks ni... the quality is not bad. Far better than the China made yang dijual di Malaysia and it is CHEAP. worth buying.

Ini I punya :)



My verdict - MUST BUY. Everything. Hahhaa

The socks are of very good quality given the price. Krw1000 per pair in myeong-dong but if beli di night market di Dongdaemon boleh dapat 13 pasang for krw10k. BUT i found out there's another place yg jual stokin dengan jauh lebih murah - pasar dekat dengan Namdaemun! Seriously cheap- krw300 je.

Entry pasal Namdaemun in another posting.

Myeong-dong pada waktu malam. Memang happening kat sini. Dan selamat.


Seoul Day 2 Part 1 - EVERLAND

Pagi-pagi lagi selepas breakfast kat hostel kami bertolak ke Everland. Berbekalkan choclate bar dan air mineral kami ke sana. Ini first time kami berjalan ke tempat macam ni di overseas tanpa bawa bekal. Selalunya sekurang-kurangnya kami bawa buah, biskut ataupun nasi/sandwich.


Waktu ni was the Halloween week. So keseluruhan Everland ni dipenuhi dengan deco yang bertemakan Halloween. To the extend of the hostel was decorated in Halloween style. Saya tengok dia orang ni macam obsessed sikit dengan sambutan hari Halloween ni.
Nampak tak hantu kat atas tu?




Kat Everland ada Safari. Yang ni memang BEST. Entertaining and eye opening. You get to get 'close' to the lions, tigers and especially the cute grizly BEARS. Memang puas hati tengok dia orang.
Some pictures for your eyes.






Actually, it was pretty scary to 'get close' with the bears. Walaupun nampak cute, dan manja... dan kita berada di dalam bas yang berpagar, saya tetap rasa ia menakutkan. Or, maybe sebab saya ni penakut?



Nampak tak 'hantu' kat atas tu?

Someone is picking her souvenir...


Pokok besar ni terletak sebaik sahaja pintu masuk.









Well.... seharian di Everlan... my verdict is... Disneyland Tokyo is far better and more exciting than Everland. Untuk penggemar rides yang mencabar and big boys, rasanya they will easily get bored in Everland. BUT Everland has got the HIGHEST ride I have seen with my eyes- yang dalam TV tu tak kira ya. Yang ni memang OH MY GOD. It's even higher than any buildings there. So kiranya not badlah kan datang sini.

Tuesday, February 23, 2016

Hijrah - just another phase of life

kadang kadang hijrah itu perlu. for the better of course.
hijrah ... is just another phase of life.

Monday, February 15, 2016

INSPIRE, INSPIRED, INSPIRING

Ini bukan kelas Bahasa Inggeris mahupun kelas penulisan. Juga bukan tulisan merepek meraban kerana ketandusan idea untuk menulis. Tulisan di pagi hari yang hening dan damai ini tercetus dari pembacaan yang telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis.

Thank you Sir, you have inspired me to continue writing. Writing is my struggle. My personal life achievement. Millions bunches of thanks to the blog owner, for such inspiring stories - sincere writing, and right from the heart. Such an inspiring writing.

Alright. Dah sekian lama saya tidak menulis secara serius. Setakat satu dua ayat di FB, itu tidak dikira menulis. Nah! Hari ini saya ingin menulis sesuatu yang saya jarang sekali menulis.

or talk to you...
Apabila saya membaca blog Tuan XXX, ia mengingatkan saya akan niat sebenar saya untuk menulis. Orang kata, melalui penulisan kita akan 'inspire others'. Memang niat asal saya untuk memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada pembaca melalui penulisan. Tetapi... memandangkan penulisan saya yang tidak seberapa itu, yang boleh dikira sebagai 'bodoh' seperti di'dogma'kan oleh segelintir masyarakat; bodoh kerana ia ialah sebuah tinta mengenai kisah percintaan -love stories, romance- whatever name you want to call it; atau pun bodoh kerana some people just thought that love stories are no longer relevant - saya hampir hampir terlupa akan niat 'murni' saya itu.

Yeah... someone once said that 'writing a novel is stupid' or ' malay novel is sort of retarded' and even someone else thinks that love stories are no longer relevent and that you need to write other genres. Whatever it is, let them be with their not-so-brilliant ideas of reading and writing. Writers will stay writers.

Okay... berkenaan niat sebenar saya untuk 'inspire others' melalui writing. Asalnya, saya menulis di blog di atas cadangan seseorang. It was a travel blog - disebabkan saya selalu travel dan ramai yang bertanyakan tentang pelbagai informasi- dari itenary sehinggalah budget, maka tertubuhlah blog tersebut. Namun disebabkan kesibukan yang melampau, blog tersebut telah memegang status 'dormant' setelah beberapa tahun. Dan, pada suatu hari, saya berfikir, adalah lebih baik jika saya 'convert' penulisan saya di blog kepada sebuah buku. Maka, lahirlah JATUH HATI DI PARIS. Novel pertama saya- a mark of struggle and determination to achieve personal dream.

This is my debut novel.


It is just a book, just a story book. Tapi kenapa saya kata 'struggle'?
Ada banyak sebab and sebenarnya, saya ada semua sebab untuk berkata begitu.

1) Pertama, sewaktu saya mula menulis, saya baru sahaja meletakkan jawatan saya di sebuah bank. Bank mana? Bank apa? Perhaps you have to find my first book and read- itu pun if you are really serious nak tahu.

2) Kedua, saya disahkan hamil sewaktu saya mula mengatur aksara di laptop lama yang yang hampir tercabut segala butang. Laptop lama tersebut, diganti dengan laptop baru yang saya guna sekarang. It was a breeze writing on a brand new laptop but the pregnancy itself was difficult. Kehamilan pada kali itu, tidak seperti sebelumnya.

Saya menulis di atas katil, dalam kebanyakan waktu. Pada saat saat terakhir manuskrip itu disiapkan, saya sudah tidak mampu untuk bangun lagi. I believe, if I was still at the bank, the gynea would have put me on bed rest until I deliver my baby. Ada ketikanya, untuk berbaring juga saya tidak mampu. The baby was in a rather weird position, making it a struggle to sit or to lie down. And finally my sister had to come to my rescue- datang tolong saya dengan segala kerja rumah sementara saya mengedit manuskrip dalam seminggu itu sebelum saya dihantar ke labour room. Tulis sekejap-sekejap, kemudian berbaring. Begitulah sehingga seluruh manuskrip siap diedit.

Sebelum mula menulis, saya sudah target yang manuskrip saya akan diterbitkan dalam waktu 12 bulan. Alhamdulillah, with God's Will, it was a success.

3) Sebenarnya, untuk seseorang seperti saya untuk menulis manuskrip novel yang berjumlah 500 muka surat dalam Bahasa Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan MUSTAHIL. Yang tidak pernah terlintas dek akal. Sebabnya, saya tidak pernah mendapat sebarang training bagi penulisan kreatif. Yang kedua, kecuali semasa di sekolah saya tidak menulis dalam bahasa ibunda. Semua perkara dalam bahasa lingua franca. Hmm... bagaimana agaknya tulisan pertama saya? Rasanya baik pembaca baca dan decide sendiri. Good or bad- is not my call to decide.

4) Keputusan saya tu sebenarnya mendapat tentangan dari banyak pihak. Tapi, mereka diamkan sahaja. Walaupun mereka boleh katakan 'against' niat saya untuk berhenti kerja dan menulis


Kalau anda perasan, novel pertama saya- JATUH HATI DI PARIS- idea asalnya adalah dari kisah backpacking. Trains and lots of trains. Ada satu perkara yang saya percaya; perjalanan hidup ini is just like a journey by the trains. From one point to another, people get on and off the train, some say hi to you and some just pass by. Someone may come and sit next to you and in a matter of minutes you have exchanged personal stories with them.

Life is like a journey by the train.


Saat saat semangat untuk menulis merudum. Saat saya berasakan saya menyesal mengenali bidang penulisan, saya tersedar bahawa sesuatu tentang saya telah pun 'inspire' seseorang. I suppose, just like respect, it cant be imposed. It has to be earned. Be it a stupid novel or whatever stupid things that people say to you, you just need to do it. And have faith. Coz only FAITH CAN MOVE MOUNTAINS, DOUBTS CAN CREATE THEM.



Half Girlfriend

atau lebih popular dengan nama CK, karya terbaru saya yang sedakarang berada di Ilham. Kalau nak tengok macam mana 'rupa' CK, sila klik kat link ni.

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4886&idc=31255


Cerita ni, saya ilhamkan dari kenangan saya ketika berada di universiti dulu. Based on true storylah katakan :)...

Tapi tak mahu cerita lebih-lebih. Kita tunggu buku terbit dulu, nanti kita cerita lagi pasal CK.