Saturday, July 28, 2018

Cover sementara UNDERCOVER WIFE


Check out my upcoming book - UNDERCOVER WIFE

4 tahun lalu…
Genting Highlands, Malaysia.

Dia yakin arahan untuk membatalkan operasi pada malam itu merupakan satu kesilapan. Dia yakin, dia tidak silap. Dia yakin, malam ini dia akan berjaya. Dia masih menunggu.
Pusat kasino terbesar di Malaysia itu bergemerlapan disirami lampu mewah dari candelier kristal cantik yang bergantungan dari siling. Jika ingin menganggar berapa banyak duit yang dilaburkan di situ, lihat sahaja lampu-lampunya. Tidak perlu membilang duit yang diperjudikan di atas meja  blackjack ataupun roulette. Tiada satu pun kasino di seluruh dunia yang tidak dihias mewah, lambang kekayaan pemiliknya. Serta lambang kebodohan manusia yang tamak haloba. Jika ingin dihitung juga, satu malam, darab dengan 30 hari? Ia mencecah angka bilion. Wang berterbangan di udara. Semuanya berbau duit.
A really strong man is one that can overcome his own desires.” 
Itu prinsip Roman.
Genting Casino menjadi tumpuan warga Singapura pada hujung minggu. Warga dari China pula berpusu-pusu datang dengan niat untuk menggandakan wang mereka sambil bercuti. Itu tidak termasuk mereka yang sememangnya tegar berjudi. Target utamanya, bukan mereka. Hanya satu orang. Dan yang satu itu masih belum muncul.
Dari sudut yang agak gelap, sekonyong-konyong dia terlihat sesuatu. Pantas dia bergegas. Betul jangkaannya! Tanpa berfikir panjang lagi, dia mengekori dalam senyap. Langkah dipercepatkan dan tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi. Tanpa berfikir panjang, dia mengejar dan terus mengejar. Kali ini mereka tidak akan terlepas dari cengkamannya. 
Titik fokusnya, mercedes hitam itu. 

Kereta dipandu laju. Hujan yang renyai-renyai tadi sudah berguguran lebat. Jalan yang curam serta berselekoh tajam, amat merbahaya. Tetapi dia tidak mampu untuk memperlahankan kenderaan. Mercedes hitam di hadapannya juga semakin laju, hampir-hampir terlanggar penghadang jalan ketika melalui selekoh. Kedua-duanya berkejar-kejaran.
Roman mengejar umpama seekor bloodhound mengejar mangsa. Di fikirannya, mereka akan ditangkap. Malam itu juga! Sudah lama saat itu ditunggu.
Tidak semena-mena, kereta yang dipandu dengan laju tergelincir. Roman hilang kawalan, menyebabkan kereta terbabas, lalu berpusing-pusing beberapa kali sebelum menghentam sesuatu yang keras. Detuman yang kuat menggegarkan otak. Tubuhnya terasa melayang. Telinga bingit berdengung. Seram, sejuk, semua rasa bercampur dalam sekelip masa. Pada saat itu, hanya dua perkara yang terlintas di fikirannya. 
Kematian. Dan dua wajah.
Badannya yang sedang melayang di udara tadi, terdampar di atas sesuatu yang keras. Buat seketika, dia rasakan seluruh anggotanya seperti telah lumpuh sebelum rasa menyucuk-nyucuk di keseluruhan badan berserta denyutan di kepala datang menyerang. Kemudian kedengaran satu letupan tidak jauh darinya. Ruang yang gelap terbias cahaya.
Di matanya hanya kelihatan bintik-bintik hitam dan putih. Ia menyukarkannya untuk mentafsirkan keadaan sekeliling. Yang dirasai pada ketika itu hanyalah perasaan takut dan sakit yang silih berganti. Antara sedar dan tidak, perlahan-lahan ruang di sekeliling menjadi hitam. Otaknya juga sembari kosong. Gelap gelita. Titik. Semuanya telah terhenti.
*****
Musim panas, hari ini.
Rom, Itali
“Elle! Belakang sikit! Okey… Okey. Dah! Cun!”
“Cantik. Satu lagi,” kata Emma yang sedang cuba mengambil sisi yang sesuai. Terlalu ramai orang di sekeliling mereka. Di belakang Elena, sebahagian besar patung kuda di Fontana di Trevi terlindung oleh susuk tubuh manusia yang ghairah mengambil gambar. Ramai orang berpusu-pusu untuk berswafoto dan juga melempar syiling ke dalam air pancut, sehingga ada yang terlupa adat susila.
Rome was not built in a day.’ Kata orang. 
Betapa pentingnya sejarah Rom, ia telah disebut di dalam al Quran yang mempunyai satu surah khas. Elena ingin mengambil gambar sepuas-puasnya kerana dia tidak berniat untuk datang ke situ lagi. Tidak sekali-kali. Kota Rom ini menyimpan kenangan yang kini hanya menjadi lipatan sejarah. Kenangan manis itu terlalu pahit untuk dikenang. Dia ke sini semata mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kenangan lalu.
Usai mengambil gambar berdua, Elena ambil telefon, ingin mengambil gambarnya sendiri. Rom, ialah di mana terletaknya Vatican city dan mercu tanda peninggalan zaman purba yang terpenting. Jadi, dia tidak boleh lepaskan peluang itu. Sewaktu dia sedang cuba tersenyum ke arah lensa kamera dengan senyuman yang paling manis, Elena ternampak sesuatu di belakangnya.
Nyawanya seperti mahu tercabut. Waktu seakan terhenti buat beberapa saat. Suara manusia di sekeliling yang agak pikuk terus lenyap. Senyuman yang baru terukir separuh jalan, termati terus.
“Elle! Elle!” 
Elle! Are you okay?” Emma goyang-goyang lengan Elena, yang kelihatan terawang-awang ke dunia lain.
“Ya, okey! I okey…” kata Elena sambik mengangguk-angguk laju. Dia berpaling ke tempat tadi. Di belakangnya. Tiada! Dia kitar mata serata arah, tanpa mempedulikan Emma.
“You tengok apa?” tanya Emma, hairan dengan kelakuan Elena.
Elena langsung tidak menjawab. Dia kelihatan terpinga-pinga.
“Elle… Kenapa dengan you ni? You nampak pucat. Dah kuning muka you ni. You okey ke?” Wajah rakan sekerjanya yang merangkap kawannya itu bukan sahaja pucat, dia nampak terkejut. Ulas bibir yang bersalut gincu merah beri sedikit terbuka. Kepalanya tertoleh-toleh, seperti sedang mencari sesuatu.
“I… I…” Elena berpusing-pusing sekeliling. Mencari-cari figura tadi. Dia yakin, matanya tidak menipu. Dia yakin ia bukan lintasan khayalannya sahaja. Dia juga yakin, ia bukan pekerjaan roh mistik Trevi Fountain.
“You cari apa?” tanya Emma sekali lagi, apabila Elena kelihatan nanar. Tidak seperti Elena yang dia kenal - yakin dan tenang.
Err…nothing. I thought I saw something…
“Apa? You nampak apa?” Emma bertanya dengan tidak sabar.
Elena geleng lagi. Dia tidak pasti sama ada dia harus memberitahu kawannya itu. Emma mungkin akan menyangka bahawa dia hanya berhalusinasi. 
Nothing.” Akhirnya Elena berkata perlahan. Dia paksakan satu senyuman nipis untuk tatapan Emma.
“You nak toss coins dalam fountain tu, tak?” tanya Emma, dengan penuh keterujaan. Itu adalah antara niat Emma apabila ke Rom.
Elena ingin sekali berbuat begitu. Bukan kerana dia percaya apa yang mereka percaya, dia hanya mahu lakukan sekadar suka-suka. Namun, Elena menggeleng. Bayangan tadi sudah mematikan seleranya. 
Matanya ditala ke seluruh kawasan Fontana Di Trevi yang terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Mereka percaya, jika mereka membaling syiling sambil berdoa, mereka akan dapat kembali ke Rom sekali lagi. Malangnya Elena sekali-kali tidak ingin ke situ lagi.
“You nak duduk dulu?” tanya Emma apabila Elena langsung tidak menjawab pertanyaannya. Dia risau apabila kawannya itu kelihatan pucat tiba-tiba. Sakitkah dia? Tiba-tiba sahaja. Atau… Jangan-jangan dia tersampuk roh yang tidak tenang di sini? Ah! Emma tepis fikiran yang bukan-bukan.
Elena angguk. Dia masih terkejut. Fikirannya masih lagi melilau mencari susuk tubuh itu. Wajah itu. Renungannya. Senyuman itu. Gerak gayanya. Cara jalannya.
“Kita makan gelato, nak? Jom, sambil tu you boleh duduk-duduk.” 
Cadangan Emma dijawab dengan satu anggukan sahaja.

****
Mereka memilih kedai yang agak kecil untuk menikmati gelato, yang bermaksud ais krim di dalam bahasa Itali. Tidak seperti ais skrim biasa, yang menggunakan krim di dalam resepi, gelato dibuat dengan menggunakan lebih banyak susu berbanding krim, yang buat rasa gelato lebih lemak dan berkrim. Gelato selalunya kurang manis berbanding ais krim, serta jauh lebih sedap.
Emma memesan gelato coklat manakala Elena memesan gelato lemon dan strawberi. Mereka menunggu dengan sabar sambil melihat bagaimana gelato yang diletak di dalam bekas yang besar dicedok ke dalam cawan. 
Look at that! Tengok sahaja pun dah geram!” kata Emma dengan teruja apabila gelato coklatnya sampai ke tangan. Terus gelato dicedok dengan sudu dan disua ke mulut. Emma menjilat-jilat bibir sambil berkata-kata sesuatu.
"Sedapnya ya Tuhan... Puas hati makan gelato kat sini!" kata Emma dalam teruja.
Keterujaan Elena untuk menikmati gelato telah tenggelam dengan peristiwa tadi. Otaknya tidak lepas dari memikirkan berkenaan lelaki itu. Dia menikmati gelato buah-buahannya di dalam diam.
‘Betulkah itu dia?’
‘Pelanduk dua serupa?’
‘Ah… Tak mungkin. Tetapi mengapa hatinya berdetak tidak senang?’
Otaknya masih lagi ligat sedang berfikir, berputar di kawasan Fontana di Trevi. Ramai orang di situ, tetapi Elena hanya nampak dia seorang.
“You tau tak, kat sinilah scene Anita Ekberg campak coin, dalam cerita La Dolce Vita. Scene yang yang mana Marcello Mastroianni mengarung air fountain mengekori Anita Ekberg. What magical moment! So romantic… With her black dress!Owh!” kata Emma dengan penuh perasaan. Dia sudah lupa suaranya sudah terkuat dari biasa.
Orang kata, kalau nak ke sini, kena datang awal; pagi atau lewat malam. Orang tak ramai. Mana tahu, dapat alami experience yang legend macam dalam cerita tu?” Emma masih lagi bercakap biarpun di sebelah sana, Elena hanya diam membatu.
“You tahu tak, on average, about €3000 is thrown in that fountain every day. Can you imagine the figure? Huh, berapa biji beg kita boleh beli dengan harga tu! Nak rembat Fendi yang calf skin tu pun boleh… Nak beli Prada Mirage pun dapat babe!” Ujar Emma lagi, penuh keterujaan.
“Weh! I tengah cakap ni!” sergah Emma. Elena lebih melayani perasaannya berbanding melayan gelato ataupun dia. Geram pula!
Sorry! You cakap apa?”
“I kata, jumlah duit yang pelancong buang ke dalam fountain tu setiap hari berjumlah dalam 3000 Euro, okey! Bukan ringgit. You kira berapa handbag kita boleh beli. Prada… LV… Fendi…Emma ulang siaran yang Elena terlepas.
“Ye ke? Banyaknya?” Tiba-tiba Elena bersuara dalam nada teruja sambil menjilat sudu. Dia tidak pernah tahu.
“Ya… Aku baca kat internet,” kata Emma yang baru pertama kali ke Rom. “Tradisionally, pengunjung yang datang akan buang duit syiling ke dalam Fontana di Trevi untuk memastikan mereka akan dapat peluang untuk ke sini lagi.
“Patung-patung tu semua, represent the mood of the seas. Hmm… Dia orang ni, memang suka ukir-ukir patung macam ni…” Sambil bercakap, laju tangan Emma menggodek mangkuk dan menyua gelato ke mulut.
“Kita boleh ke sana lagi, petang-petang sikit bila dah kurang orang, kalau you nak campak coins,” tutur Elena. Kesian pula dia pada Emma.
“Hmm… Okey jugak. Lenguh juga kaki ni panjat Spanish Steps tadi. Kita lepak kat sini dulu.” Kaki Emma betul-betul lenguh kerana banyak berjalan.
Tiba-tiba Elena berkata sesuatu dalam tergesa-gesa. Kalut sahaja tingkah lakunya seperti dia akan ketinggalan sesuatu. 
“Emma, you tunggu I kat sini!”
“Eh, you nak pergi mana ni?” Emma terpinga-pinga dengan tingkah laku Elena yang bangun secara tiba-tiba.
“I rasa I terjatuh something tadi. You tunggu sini, I nak pergi cari!” kata Elena dalam kelam kabut.
Kalut sahaja gayanya. Ini bukan seperti Elena yang selalu tenang dan yakin seperti model berjalan di atas papan catwalk

“Sekejap je.” Dan tanpa memberitahu apa-apa lagi, Elena sudah hilang di sebalik pintu kedai. Mangkuk gelato yang masih bersisa ditinggalkan begitu sahaja.

Saturday, June 9, 2018

#GHOST SPECIAL EDITION RAYA : PART II (and FINAL)

“Heh! Kita oranglah!”
Oh Jeddd… Kimi tepuk dahi.Arin dah kasi amaran siap-siap sebelum balik tempoh hari. Apa yang si Jed buat kat sini?
“Kau buat apa kat sini, Jed?” Kimi longgarkan kuncian di leher Zaf dan menolaknya ke tepi. Kimi mara ke arah Jed.
“Saja je… Nak intai korang beromen.” Jed mengekeh.
“Hampeh kau Jed!” Cepat tangan Kimi bergerak ke arah Jed. Dia tahan serangan Kimi dengan tangannya, lalu ditepis.
Pap.pap.pap!
Kimi rangkul tubuh Jed, henyak Jed ke dinding. Jed tolak Kimi, lalu dia terdorong ke belakang. Dia cuba pulas tangan Kimi, tapi Kimi berjaya melepaskan diri.
Tiba-tiba…
“Kimi!” Seseorang melaung ke arah mereka. “Buat apa kat dalam gelap tu?”
Abah…
Pergerakan Kimi terus terhenti. Ayah mertuanya sedang berdiri dalam 60 meter dari tempat mereka.
“Apa yang dibuat kat dalam gelap tu?” Pandangan abah mencerlung ke arah mereka.
”Kawan saya abah…” kata Kimi dengan tenang. Dia gamit Jed dan Zaf.
“Jed.” Kimi perkenalkan Jed. “Zaf. Ini… abah.”
Mereka bersalam.
Pukul dan tolak dalam bergurau bermula lagi apabila ayah mertuanya tidak melihat. Abah berjalan di hadapan mereka bertiga. Mereka berhenti di hadapan tangga utama rumah.Tempat yang paling cerah dan meriah.
“Kamu berdua dari mana?” tanya abah.
Dari mana? Dan apa yang dibuat di dalam gelap tu? Encik Rusdi pandang Jed yang tinggi dan besar. Rupanya sedikit kasar dengan rambut dipotong ala military look. Pakaiannya serba hitam dari baju sampai kasut. Yang seorang lagi itu, rupanya macam artis. Rambut yang agak stylo dengan baju melayu berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack juga berwarna hitam. Kemas dan kacak. kulitnya pun bersih dan cantik.
“Dari KL.”
“Jauh tu,” kata Encik Rusdi sekilas. Hati berdetak tidak senang dengan adegan yang dilihat tadi. Anaknya itu… mengapa suka sangat terjebak dengan lelaki seperti ini. Sekali tengok gaya menantunya itu, dia tak dapat tepis bayangan seseorang. Tidak ingin dia menyebutnya. Kalau bukan sebab mereka dah berkahwin, dia lebih suka bermenantukan anak pak imam kampung sebelah. Ataupun anak Dr Azhar yang baru balik dari Rusia.
“Dah lama tak jumpa, pakcik. Lambat gerak tadi… lambat pula sampai.” Jed memberi alasan.
“Datang dengan apa?”
“Kereta. Kami parked kat luar sana.” Zaf unjuk ibu jari arah bertentangan.
“Jauh benar letak keretanya…” Encik Rusdi berkata. “Mari naik ke rumah. Lemang masih ada…”
“Eh, tak apa pakcik. Kami duduk kat luar je.” Celah Jed. “Kami taknak ganggu…”
“Eh, ganggu apa pula…”
“Sungguh. Kami ni, kalau berborak, sampai pagi.” Kata Zaf pula. “Kami dok bawah ni je…” Zaf tala mata ke arah gazebo yang kosong.
“Betul ni? Jangan kata pakcik tak ajak?”
“Betul pakcik,” tutur Jed, seraya menayang senyuman manis.
Sebaik sahaja ayah mertuanya menghilangkan diir, Kimi terus serang Jed. Dia tahu ini mesti angkara Jed.
“Baik kau orang cakap kat aku, apa motif kau orang ke sini.”
Jed rangkul bahu Kimi. “Relaks la bro. Aku nak makan rendang crispy… dan lemang lemak manis dengan kau je. Tak boleh ke? Mentang-mentang kau ada Arin kau dah lupakan aku ya?”
“Kau nak rendang crispy ek? Tak ada motif lain?”
“Aku ni, kalau tak beraya dengan kau, rasa macam tak beraya tau. Aku sunyilah, beraya sorang-sorang Ghost,” kata Jed, cuba meraih simpati.
Kimi pandang Jed, pandang Zaf berulang kali. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata Jed.
“Kita orang called. Apahal tak jawab?” Akhirnya Jed mengaku.
Kimi angkat kaki. Geram betul dia dengan Jed ni. Bukankah dia dah pesan, jangan telefon?
“Eh, hati-hati kau. Nanti terlondeh kain pelikat kau!” Jed cuba tarik kain pelikat yang tersarung di tubuh Kimi.
“Ini… kain pelikat KL lah. Anti londeh.” Kimi jongket kening.
“Serius, bro?” Jed belek kain pelikat yang dipakai oleh Kimi. “Hebatlah… Ada poket lagi,” kata Jed. “Aku nak satu! Dasyat taste kau sekarang…” Jed menyeringai lagi. Seronok menyakat Kimi.
“Arin yang belikan.”
“Owh… orang ada bini…” Jed kalih pada Zaf. “Kau apa ada?”
Zaf turut tertawa.
“Kau ni Zaf, apa-apa je yang Jed suruh kau buat, kau buat…” Kimi geleng kepala dalam gaya tidak setuju.
“Mana ada bro… Alah… Hari tu je.” Zaf mempertahankan dirinya.
Kimi sorot matanya ke arah Zaf.
“Okay… that one too. Sorry.” Kimi tentu masih berdendam pasal kes Thailand tu.
Kimi tenung dia lagi. Kali ini badannya ditegakkan, kedua tangannya berkilas di dada.
“Okey… yang tu…” Zaf dah tak boleh lari. “Kosong-kosong okey?” Dia buat tanda kosong dengan tangan. Dia tersengih.
“Rendang crispy! Mana? Rendang! Lapar dah ni woi.” Celah Jed sebelum Kimi naik angin.
***
“Apa tadi?” tanya Arin tatkala Kimi muncul di muka pintu. Lama betul suaminya membuat pemerikasaan.
“Jed.” jawab Kimi sepatah,
Arin kerut dahi. “Jed?” Dia tak percaya. “Jed, Jed? Your Jed?”
“Jed mana lagi kalau terjah rumah orang pukul dua belas malam…” jawab Kimi dengan gigi terketap. Kemunculan Jed dan Zaf malam-malam begitu buat hatinya mula tidak tenang.
“Dia nak apa?”
“Nak makan rendang crispy katanya.”
Arin tergelak. “Rendang crispy?” Arin tutup mulut. “Rendang tok, adalah…”
“Sayang nak jumpa dia orang?” Kimi bertanya. “Kalau penat sangat, tidurlah. Nanti abang bagitahu Jed sayang dah tidur. He will understand.”
“Tak apa, sekejap lagi Arin keluar.”
“Okey. Abang pergi layan jed dulu.”
Baru selangkah, Arin pegang tangan Kimi.
“Saya nak bagitahu something.”
“Esok, tak boleh ke?”
“Tak boleh. Dah dua hari, tapi masih tak sempat cakap dengan abang…” Arin kedengaran seperti sedang merajuk.
“Nak cakap sekarang juga!” Arin merengek. Tangannya, bermain-main dengan jemari Kimi yang kasar.
Rasanya dua hari itu, macam-macam cerita mereka dah borakkan. Ada lagi yang belum diberitahu Arin?
“Hmm. Okey. Apa dia?” Kimi pasang telinga. Matanya, redup difokus pada wajah Arin.
Tangan Kimi ditarik, lalu ditekap ke perutnya.
Kimi yang masih tidak faham, langsung tak buat apa-apa.
“Rasa tak?” tanya Arin dengan mata yang bersinar. Bibir, tersenyum manis semacam. Seluruh ekspresi wajahnya memberitahu sesuatu.
Okey… sekarang baru Kimi faham.
“Kenapa tak bagitahu abang awal awal?”
“Arin nak kasi surprise… Ingatkan nak tunggu waktu yang sesuai. Sekali… asyik ada je yang mengacau…” Muka berkerut Arin buat Kimi ketawa.
“Come here.” Kimi rangkul Arin ketat-ketat. “I’m sorry… tapi sekarang ni memang ada pengacau.”
Kedua-duanya tertawa. Satu malam raya yang penuh dengan pelbagai adegan.Raya tahun hadapan, akan ada pula budak kecil yang akan buat rumah abah jadi havoc!

note : pinjam gambar pelikat KL dari ig dia orang 😅😅




Friday, June 8, 2018

#GHOST Special edition RAYA

****#GHOST SPECIAL EDITION : RAYA Part I

Gambar hiasan dari internet

Perkara yang paling ‘best’ bila berkahwin dengan anak yatim ialah, Arin tak perlu susah payah nak bergaduh bila nak balik raya. Tak perlu fikir giliran siapa tahun lepas; gilaran siapa pula tahun ini. Waktu itu dia memang seronok habis. Tapi…
Kalau dah namanya Kimi Rafael, dia tak akan biarkan hidup Arin tanpa kejutan.
12:02 malam.
Malam raya. Bukan malam biasa-biasa!
Arin sudah mundar mandir. Resah. Gelisah. Semuanya ada. Lenguh berdiri, dia duduk. Dia jeling pada jam bulat sebesar pinggan makan di ruang tamu. Jarum dah bergerak melepasi angka satu. Enam minit sudah berlalu. Tudung Bawal ekslusif yang paling murah yang dibelinya minggu lepas sudah ditanggalkan. Rosak rancangannya nak melawa menyambut kepulangan suami! 
Panas kerana menunggu terlalu lama tudung dah tersadai di atas kepala kerusi. Kipas di ruang tamu pun dah berpusing macam kipas helikopter. Mahu terbang semua barang kat rumah ni.
Apa yang jadi? Telefon pintar langsung tidak bergetar. Jangankan berdering. Takkanlah tak ada telefon kat sana?
“Okey… Sabar... Jangan merajuk Arin. Jangan marah.” Dia tiup kata-kata untuk bersabar. Arin faham. Sekurang-kurangnya cuba faham. Seminggu sebelum hari raya, Kimi kata, dia ada ‘kerja yang dia tak boleh tolak'. Mesti pergi. Dan dia janji akan balik sebelum hari raya. Katanya lagi, sebelum pukul sepuluh, dia akan sampai.
Sesuatu yang menyentuh pipinya mengejutkan Arin. Rupanya Arin dah terlelap di sofa. Terloncat bangun Arin mendapatkan suaminya. Terus dilempar tangan merangkul Kimi yang sedang tersenyum di hadapan mata.
“Ya Allah… Lama Arin tunggu.” Terus terpacul dari mulut Arin saat tubuh Kimi dipeluk erat.
“I’m here. Without a scratch.” Kimi tersengih apabila mata Arin sudah bergerak ke serata tubuhnya. Memeriksa sebarang kecederaan.
Iyalah sangat. Tapi hatinya dah terguris. Arin cuba untuk tidak merajuk. She loves him too much. 
“Sorry,” kata Kimi. “Abang tak boleh call.”
Okey… malas nak bergaduh. Apa-apa alasannya, sekarang dia dah sampai. Itu yang lebih penting. Yang paling penting, dia mesti sampai di kampung malam itu juga, menjelang dinihari.
“Jomlah…” kata Kimi seraya menarik tangan Arin. Dia tahu mereka dah terlambat.
“Sebelum tu… Janji satu perkara.”
“Apa dia?”
“Tak boleh ada phone call.”
“Okey.” Kimi tahu panggilan telefon daripada siapa yang dimaksudkan oleh isterinya.
“No more surprises…”Arin cerlung dengan muka comel.
“Okay…”
“Kena bayar ganti rugi…”
“No problem. My pleasure.” Kimi kulum senyum. “Habis dah?”
Kimi tahu Arin marah.
“Dah!” Masam sahaja muka Arin, dengan muka cemberut.Comel sangat! Kimi sungging senyum.
“I love my job. But I love you more," tutur Kimi perlahan.
“Tak nak buat lagi,” kata Arin. Serius. Dengan riak serius.
“I’m sorry but I really love you.”
Arin cerlung, sengaja dibuat-buat muka marah. Dia ingat bila cakap 'i love you' dia boleh senang-senang maafkannya?
“Malam raya ni. Tak baik marah-marah.” Kimi tahu dia bersalah. Sangat. Tapi apakan daya…
Kimi peluk Arin, cium ubun ubun kepala lalu berkata, “Dah, ambil bag. Nanti kita lambat.”
***
Malam raya kedua.
Rumah Arin di kampung.
Kimi tak pernah ingat bila waktunya di menyambut raya dengan meriah. Ramai orang. Rumah dipenuhi sanak saudara, tua dan muda. Lampu berwarna warni. Kanak-kanak bergembira bermain bunga api. Lemang yang banyak. Ketupat yang tidak berhabis dimakan. Pelbagai jenis biskut raya yang pelbagai bentuk, warna dan rasa. Semua itu, tidak pernah berlaku.
Riuh rendah, namun dia temui kedamaian di sebalik hiruk piruk suara manusia. Panjut yang dipasang berderet menerangi halaman rumah berkelip-kelip. Selalu orang memasang pelita yang diisi dengan minyak itu sepanjang malam tujuh likur. Kata abah, disebabkan malam ini ramai sanak-saudara berkumpul, dia mahu rumah ceria. Tidak cukup dengan pelita, Lampu raya berwarna warni juga dipasang.
Saat saudara mara mula bersurai, Kimi mengundur diri ke bilik. Arin yang sedang menyikat rambut berpusing dan melempar satu senyuman manis kepadanya.
“Ngantuk?” tanya Kimi tatkala melihat Arin menguap.
“Umm. Penatlah.”
Pandangannya langsung tidak dilepaskan dari wajah Arin. Kimi tarik Arin ke dalam pelukan. Jujur dia rindukan isterinya. Sibuk berhari raya, dia tak sempat untuk bermesra dengan Arin secukupnya.
“Abang okey?” tanya Arin. Kesian kat suaminya apabila dia diserang dengan pelbagai soalan oleh sanak saudara. Paling yang tidak tahan apabila ditanya soalan membunuh.
‘Rasa dulu, orang lain kan?’ Adoi makcik Kiah. Kalau ia pun nak membawang, sabar-sabarlah. Ini ditanya soalan tu depan-depan. Depan Kimi pula tu.
‘Kerja apa?'
‘Selalu doktor kahwin dengan doktor juga. Kamu doktor ke?’ tanya makcik Kiah sambil menilik rambut Kimi yang hampir mencecah bahu.
‘Saya doktor komputer, makcik.’ Jawab Kimi dengan sopan.
Makcik Kiah tercengang-cengang. Arin pula ketawa guling-guling dalam hati. Bijak sangat jawapan Kimi itu. Nada suaranya pun, lembut dan sopan sangat.
‘Bila nak dapat anak?’
Soal Makcik Kiah lagi.
Nasib baik mereka bijak menepis.
“Okey…” jawab Kimi sepatah bersama satu senyum nipis. Tangan dibawa ke rambut Arin, mengurai-ngurai rambut melepasi bahu itu.
“Seronok tak beraya kat kampung?” tanya Arin lagi.
“Beraya kat mana-mana pun tak kisah janji Arin ada bersama abang.”
Alahai, manis pula ayat suaminya ini.
“Abang…”
“Yup…”
“Esok…” Arin berhenti apabila ekspresi wajah Kimi berubah tiba-tiba.
“Kenapa?” tanya Arin.
“Dengar tak?”
Arin kerut kening, sedikit cuak. Telinga cuba ditajamkan. “Tak dengar apa pun. Bunyi apa?”
“Biar Abang pergi check.”
Cepat-cepat Arin pegang tangan Kimi. “Ayam kot?”
“Tak Bukan ayam.” Kimi berbisik.
“Cengkerik?”
“No.” Kimi geleng. Kepalanya sudah terteleng ke bahagian jendela.
“Budak-budak tengah main kot…” kata Arin, perlahan. “Raya ni… biasalah…”Sekarang Arin betul-betul cuak bila Kimi mula dalam ‘spy mode’ dia.
“Sayang tunggu sini.”
“Abang…” Kata Arin antara celah gigi. Antara geram dan getar.
Malangnya Kimi sudah fokus pada ‘bunyi’ yang didengarnya. Susah juga dapat suami yang terlalu alert ni.
Arin hela nafas. Kecewa.
Perlahan dan senyap, langkah diatur. Dia berhati-hati untuk tidak terpijak ranting kayu kecil yang akan mengeluarkan bunyi. Telinganya dapat menangkap pergerakan orang. Dia tahu, itu bukan pergerakan anak-anak saudara Arin. Juga bukan aturan tapak kucing.
Di dalam gelap, dia telah mengesan dua figura berpakaian hitam. Kimi sudah bersedia. Tangannya dalam keadaan bersedia.
Puk pak. Puk pak!
Berlaku satu pergelutan di dalam gelap.
“Ghost!”
Jeritan kecil seseorang buat pergerakan Kimi berhenti separuh jalan. Tangan yang sudah berlingkar di leher lelaki berpakaian hitam itu juga terhenti. Nasib baik. Kalau tak, nahas!
****
Sampai sini dulu ya. Sambung Part II lepas raya 🤣🤣

Monday, April 16, 2018

#GHOST - thriller

BAB 6 #GHOST
****
“Rid!!!”
Kuat tempikan Mat Tham umpama jeritan batinnya. Dia rasakan bahawa kepercayaannya itu sedang dipermainkan. Akibat kecewa apabila orangnya berpaling tadah. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dimaafkan.
Mat Tham memekik lagi. Memanggil nama itu. Bergegar lantai simen gudang tempat mereka berkumpul. “Aku bunuh kau!!!”
Namanya diseru lagi. Sarat dengan amarah. Senjata hitam itu kini berada tepat di mukanya. Terarah ke dahinya. Mat Tham kelihatan sudah hilang kawalan. Dia begitu marah sehingga keseluruhan wajahnya menjadi merah menyala.
Rid masih lagi cuba bertenang biarpun di dalam dadanya dia berasa terancam. Dia tahu dia berada di dalam bahaya. Dia membuat analisa. Sekarang, dia terkepung oleh tujuh orang yang bersenjata. Dengan pantas dia mengira. Dan mengenalpasti kedudukan mereka. Sukar untuknya melawan seorang diri begitu. Dia perlu mencari peluang untuk melarikan diri. 
Orang yang paling dekat dengannya ialah Mat Tham yang sedang mengacukan pistol ke wajahnya. Marahnya membuak-buak. Dia tidak boleh menunggu sehingga Mat Tham melepaskan tembakan. Dia harus bertindak dengan segera.
Setelah mengambil kira risiko dan peluang yang ada, dengan pantas tangannya menepis pistol di tangan Mat Tham. Manakala tangannya yang satu lagi menghentak lengan lelaki itu dengan sekuat tenaga. Dan dengan pantas dia buat aksi akrobatik dengan menggulungkan diri dan cuba keluar dari kepungan. Tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arahnya. Rid bergerak pantas mencari perlindungan.
Glock 19 ditarik dari belakang seluar. Hujanan tembakan tidak putus-putus buat Rid terperosok di belakang dinding. Peluang untuk membalas tembakan dicari.
Kemudian, satu tembakan dilepaskan, terkena tepat pada lelaki yang bersenjata Uzi. Dan satu lagi tembakan terkena tepat pada sasaran yang lain. Lelaki itu sedang mengerang dan memegang perut.
“Keluar kau!” Jerit Mat Tham lagi. Dia sudah diamuk marah apabila melihat ahlinya yang tumbang, bukan lelaki yang dikehendakinya. “Rid! Keluar!!!”
Senyap. Nafas turun naik distabilkan. Pistol diacu dalam keadaan bersedia. Rid mengerling sekilas ke arah suara tersebut.
Usai memikik, Mat Tham ketawa pula. Dia tertawa puas apabila melihat Rid bertungkus lumus untuk melepaskan diri. Bayangan Rid langsung tidak kelihatan. Tentu sekali dia sedang bersembunyi.
“Rid! Cuba kau tengok! Kau tak akan dapat lari dari sini! Baik kau menyerah!” Dengan itu, Mat Tham beri signal supaya geng-gengnya menyerang. Tembakan ‘random’ yang bertali arus itu pasti akan mengenai sasaran juga. Fikirnya.
Hujanan peluru membingitkan telinga. Dia tidak boleh berlama-lamaan di situ. Dia perlu larikan diri secepat mungkin. Malangnya semua senjata sedang mencarinya. Berlaku adegan tembak menembak yang sengit. Dia hanya bersenjatakan sepucuk pistol, keadaan tentunya tidak berpihak kepadanya. Bedilan yang bertali arus menyukarkan dia untuk membuat serangan balas.
Rid mengintai jalan keluar. Dia terpaksa mengubah kedudukan. Dia berjaya mengubah posisi yang lebih strategik namun tiba-tiba dia rasakan bahagian kiri bahunya terasa perit. Tentunya peluru yang ditembak ke arahnya menembusi objek yang dijadikan benteng lalu tertusuk ke bahunya. Cepat-cepat tangan bergerak ke arah bahu yang ditembak. Dia bersandar, berlindung di sebalik dinding dan cuba merancang strategi. Dia mesti cari jalan untuk keluar dari situ!
“Aku tahu kau ada kat situ! Baik kau keluar sekarang!” Jerit Mat Tham lagi sebelum dia melepaskan tembakan. Melepaskan amarahnya.
Apabila pistol diacu kepada sasaran, hanya hembusan kosong yang berlaku. Dia sudah kehabisan peluru! Pistol ‘spare’ yang terdapat di kaki dicapai. Dia perlu bijak menggunakan peluru yang ada dan cuba untuk melepaskan diri dari situ dengan segera.
Keadaan menyebelahinya kerana dia sudah hafal selok belok gudang tersebut. Dan ia memberi satu kebaikan kepadanya. Dengan pantas Rid bertindak.
Tiba-tiba keadaan menjadi gelap. Dan suasana menjadi bisu buat seketika. Tembakan yang berpusu-pusu sebelum itu berhenti secara tiba-tiba. Masing-masing berkira-kira apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan.
“Kau keluar Ghost kalau kau nak hidup!” Mat Tham memberi amaran. Kali ini dia seru nama rahsia Rid. Dia dapat rasakan bahawa sememangnya lelaki itulah ‘Ghost’. Rupa-rupanya, dialah yang mereka takuti selama ini. Tidak disangka, selama ini ‘dia’ begitu dekat dengan mereka. Peluh mula menitik di dahi.
Jeda. Tiada satu pun tembakan dilepaskan. Di dalam gelap, mereka mengambil langkah berhati-hati.
Bunyi derap kaki sedang mendekat. Rid pasang telinga. Dia dapat agak jarak target. Jarak antara pintu keluar telahpun diukur tadi. Dia mula merancang strategi.
Bunyi klik kedengaran di bahagian sebelah kanan. Pukul 2. Dengusan nafas pada pukul 7. Dia buat pengiraan yang seterusnya. Beberapa orang lagi pada pukul 9, 10 dan 12. Dia memang sudah terkepung.
Tipis. Terlalu tipis. Peluangnya untuk keluar hidup-hidup adalah sangat tipis.
Dia cuba bertenang. Menggunakan semua deria, dia mula bergerak. Perlahan dan tanpa sebarang bunyi. Dia memang sudah terlatih untuk itu.
Berpantang maut sebelum ajal! Dia terpaksa ambil peluang. Senjata diacukan ke arah sasaran dan satu das tembakan dilepaskan. Tepat pada sasaran.
‘One man down.’ Bisik Rid dalam hati.
Dan satu lagi tembakan dilepaskan. Juga mengenai sasaran. Arrghhh! Bunyi lelaki menjerit kuat sebelum dia terdiam.
‘Another man down.’
Keadaan yang gelap telah berinya satu peluang. Rid cuba menyusup keluar secepat mungkin. Dia buat aksi somersault dari tempat persembunyiannya sebelum dia berdiri tegak di atas kaki dan berlari sepantas yang mungkin. Seperti kilat dia berlari keluar dari situ. Hujanan peluru mengekorinya apabila mereka tersedar bahawa Rid sedang melarikan diri. Dia yakin, dia sedang dikejar. Dalam kesamaran malam, bunyi berdas-das tembakan ditujukan ke arahnya.

#GHOST - 3rd class train in Bangkok

Stesen Kereta Api Hualompong
Bangkok, Thailand.
“Sawatdee krap,” ucap lelaki yang bertugas di kaunter dengan ramah. Wajahnya tersenyum manis, suaranya ditutur dengan lembut sekali.
Sebentar tadi, Kimi sudah membeli tiket keretapi. Kenapa ingin membeli lagi?
“Twenty bhats,” kata petugas di kaunter setelah Kimi memberitahu destinasi mereka.
THB20 bermakna lebih kurang RM2? Dari Bangkok ke Ayuthia? Kenapa murah sangat? Daryn simpan semua tanda tanya. Dia hanya menurut. Kimi selesaikan semua urusan di kaunter.
Stesen kereta api itu agak lenggang kerana ia masih awal pagi. Di stesen itu, terdapat beberapa orang pelancong berkulit putih yang sedang menunggu kereta api tiba. Mereka mungkin sedang menghala ke arah yang sama dengan mereka.
“Kita nak ke mana ni?”
Dua tiket. Dua destinasi berbeza. Dua tren berlainan.
“Kita nak naik train mana ni? Kenapa awak beli banyak sangat tiket?” Pelbagai soalan ditanya Daryn kepada lelaki itu. 
Dia sudah terbiasa membuat keputusannya sendiri tetapi sejak bersama lelaki itu, Daryn hanya menurut semua perbuatan Kimi. Itu pun jika Kimi berkongsi dengannya. Jika tidak, semuanya bagaikan kejutan yang sememangnya buat dia terkejut.
“Kenapa beli tiket ke Ayuthia pula?”
“We’ll see…” Kimi kenyit mata. 
*****
Lama menunggu, Daryn mula rasa gelisah. Hampir 15 minit, kereta api masih belum mahu bergerak.
“Bila nak gerak ni?”
“Sabarlah. Kejap lagi…”
“Saya risaulah…” Dia benar-benar takut dan risau. Rasanya dahinya sudah berkerut seribu.
Daryn pandang Kimi. Mengintai matanya yang tersorok di sebalik kaca mata hitam. “Lambat lagi ke ni?”
Kimi langsung tidak hiraukan pertanyaannya. Dia sedang memerhati arah sekeliling. Sambil berpura-pura memegang brosur. Lagak seorang pelancong.
“Kimi!” Paha lelaki itu disentuh, dia mahukan lebih perhatian. Ketakutannya, tidak dapat Daryn jelaskan dengan perkataan.
“Jangan risau, okey?” tutur Kimi tanpa melihat ke arahnya. Matanya sedang fokus ke satu arah. Sesuatu sedang diawasi oleh Kimi.
Mungkinkah ‘mereka’ sudah sampai ke stesen tersebut? Hati Daryn bermonolog sendiri.
“Kimi…”
“Shhh…”
“Kimi…” Paha lelaki itu digoyang-goyang sedikit apabila Kimi masih belum memberi tidakbalas yang sepatutnya. Dia benar-benar risau.
Kimi berpaling, letak jari telunjuk di bibir Daryn. “We are a couple on vacation, remember? Jangan risau sangat.” Jari jemari kasar Kimi mengusap-usap pipi Daryn. 
Dia tahu perbuatan itu tidak patut dibiarkan, namun Daryn biarkan sahaja. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dia terlalu bimbang untuk berfikir.
“Jim noi.”
“Huh?”
“Senyum sikit.”
Daryn senyum. Sedikit sahaja. Mana boleh senyum dalam keadaan macam tu?
“Phom rak ther…” tutur Kimi lagi, seakan berbisik. Aneh, lelaki ini tiba-tiba berubah laku. Namun dia rasa senang dengan apa yang diucapkan oleh lelaki itu biarpun dia langsung tidak memahami sepatah haram perkataan yang terbit dari mulut Kimi. Tangannya digenggam lembut.
Dibiarkan sahaja lelaki itu berbuat begitu kepadanya. Sekurang-kurangnya apa yang dibisikkan oleh Kimi itu menenangkan jiwanya yang sedang gundah. Tautan jemarinya meminjam satu rasa ‘selamat’.
“Trust me. For once, please trust me.”


#GHOST - teaser

Safe House?
Daryn ternganga. Ini sudah masuk adegan filem Hollywood. Eh! Kenapa perlu dia dihantar ke situ? Apa yang sedang berlaku? Pelbagai soalan menyesakkan fikirannya.
“Oh… no!No!No! Kenapa perlu saya ke sana?” Daryn membantah keras. 
“Awak akan selamat di situ,” kata lelaki itu tenang.
“Awak… boleh tak bagitahu saya apa yang sedang berlaku? Siapa awak sebenarnya? Jangan buat saya macam ni?” Daryn guna kaedah lain pula. Dia cuba bercakap elok-elok dengan sesiapa sahaja lelaki misteri yang bernama Rid ini. Mana tahu hatinya akan lembut sedikit.
Raut muka serius dan tidak berperasaan itu dipandang. Dia kelihatan begitu ‘alert’ sekali.
“Saya terpaksa hantar awak ke suatu tempat yang selamat. Untuk sementara waktu, awak duduk kat Safe House tu. Saya minta maaf, disebabkan saya, awak terjebak dalam hal ini.”
“Apa maksud awak? Hal apa? Apa kaitannya dengan saya?” Soalan Daryn bagaikan butiran peluru senjata M16, menembak ke arah Rid. 
Malangnya, tembakan itu langsung tidak mengenai sasaran.
“Cukup awak tahu yang awak akan selamat kat situ.”
Pandai sungguh dia mengelak. Daryn peluk tubuh. Dia tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Tidak puas hati dengan reaksi lelaki itu. Ini melibatkan nyawanya, boleh dia buat tidak kisah begitu? Daryn merengus kasar. Dia lempar pandangan ke arah luar.