#GHOST - teaser

Safe House?
Daryn ternganga. Ini sudah masuk adegan filem Hollywood. Eh! Kenapa perlu dia dihantar ke situ? Apa yang sedang berlaku? Pelbagai soalan menyesakkan fikirannya.
“Oh… no!No!No! Kenapa perlu saya ke sana?” Daryn membantah keras. 
“Awak akan selamat di situ,” kata lelaki itu tenang.
“Awak… boleh tak bagitahu saya apa yang sedang berlaku? Siapa awak sebenarnya? Jangan buat saya macam ni?” Daryn guna kaedah lain pula. Dia cuba bercakap elok-elok dengan sesiapa sahaja lelaki misteri yang bernama Rid ini. Mana tahu hatinya akan lembut sedikit.
Raut muka serius dan tidak berperasaan itu dipandang. Dia kelihatan begitu ‘alert’ sekali.
“Saya terpaksa hantar awak ke suatu tempat yang selamat. Untuk sementara waktu, awak duduk kat Safe House tu. Saya minta maaf, disebabkan saya, awak terjebak dalam hal ini.”
“Apa maksud awak? Hal apa? Apa kaitannya dengan saya?” Soalan Daryn bagaikan butiran peluru senjata M16, menembak ke arah Rid. 
Malangnya, tembakan itu langsung tidak mengenai sasaran.
“Cukup awak tahu yang awak akan selamat kat situ.”
Pandai sungguh dia mengelak. Daryn peluk tubuh. Dia tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Tidak puas hati dengan reaksi lelaki itu. Ini melibatkan nyawanya, boleh dia buat tidak kisah begitu? Daryn merengus kasar. Dia lempar pandangan ke arah luar.

Comments

Popular Posts