My Pink Lady
TELEFON pintarnya bergetar. Shen telah meletakkan telefon pada silent mode ketika dia memasuki bilik mesyuarat tadi. Setelah meninggalkan kerja untuk beberapa hari, hari pertamanya di pejabat menjadi terlalu padat. Namun, hatinya gembira. Tanpa sedar, sudah tiba waktu ofis ditamatkan.
“Assalamualaikum!” Suara ceria menyapanya dia sebelah sana.
“Din! Waalaikumussalam.” Shen menyandar santai di kerusi.
“Hmm... dah bagitahu?”
Shen yang masih di dalam mood kerja terpinga-pinga. “Bagitahu apa ni?”
“Tell her that you love her, that you want to marry her.” Satu ketawa kecil kedengaran di hujung ayat tersebut.
“Din. Please stop making fun of this. It’s not funny at all.”
Gelak kecil Din melarat. Din melepaskan tawa. “Janganlah serius sangat bro. Relakslah. Sebelum ni, benda-benda macam ni, kacang! Tak ada apa-apa kesan pun kat you. Kenapa kali ni, lain macam aje bunyinya?”
“Dahlah. You are not helping.”
“I telefon ni sebab you tak jawab WhatsApp I. Sibuk ke?”
“Sibuk tak sibuk, I baru dapat duduk. Anyway, pasal apa?”
“I dah masukkan cek ke dalam akaun you. I dah jual separuh saham IHH tu. I tengah standby nak beli saham yang I cakap tempoh hari. Tunggu dia turun sikit lagi, I terus beli.”
“Okay, thanks.”
“Macam mana dengan Pink Lady kita?” tanya Din, siap dengan label lagi.
“I dah puas makan dia di Melbourne hari tu.”
“What? Bro, you’ve got to be kidding!”
Pink Lady ialah sejenis epal yang kulitnya berwarna merah jambu yang mana isinya sungguh manis dan ranggup. |
Kali ini giliran Shen pula untuk membalas ketawa Din tadi. Shen tahu apa yang dimaksudkan dengan Pink Lady oleh Din tadi, atau lebih tepat, siapa.
“Hey, serius ni?” Din mengetahui akan pemergiannya bersama Lyn Jasmine ke Melbourne minggu lepas.
Lyn Jasmine kini digelar Pink Lady, bukannya perempuan pink seperti yang dilabel Din sebelum ini. Tarafnya naik satu tangga.
“You ingat I ni apa?”
“Kus semangat. I ingat you dah hilang akal dah.”
“Nampak seperti you tak kenal kawan you ni.”
“Bro, I ingat you kena istikharah la.”
“Istikharah? Apa tu?”
“Solat. Sembahyang sunat dua rakaat untuk meminta petunjuk.”
“Minta petunjuk untuk apa?”
“Petunjuk untuk mengetahui sama ada you perlu kejar perempuan ni atau tidak. Keadaan you ni, merbahayakan.” Perlahan sahaja tutur kata Din, namun berbau serius.
Keseriusan Din menakutkan Shen. Shen gelak sinis dengan kawannya yang terlebih risau. “You are overreacting.”
“Bro, apa pula overreacting. Hari tu you cakap you nak kahwin dengan dia, kan? Tak serius ke tu? Ini kes berat ni. Bila kali terakhir you sebut pasal kahwin? Pernah tak you sebut pasal kahwin? Tak pernah, kan? Tiba-tiba you cakap you nak kahwin dengan minah ni pula. Menakutkan tau!”
Shen tidak dapat menahan tawa dengan reaksi Din. Bersungguh-sungguh Din menyatakan kerisauannya.
“You jangan gelak. Apa minah ni dah buat kat you?”
“She didn’t do anything and that’s the beauty of it. And from now on, stop calling her minah. She’s got a name. A nice one,” tutur Shen serius.
“Ini memang benar-benar parah.”
“Betul, I tak main-main.”
“Okey, apa nama dia?”
“Jasmine.”
“Jasmine... So, your Pink Lady is Jasmine?” Din bertanya untuk kepastian.
“Yeah.” Suara Shen mula kendur. Sekurang-kurangnya Pink Lady lebih sedap didengar berbanding ‘minah’.
“Susah macam ni. Kalau you betul-betul yakin, dah tak perlu beristikharah lagi. You solat hajatlah.”
“Din, you ni tak habis-habis dengan solat. Perkara macam ni bukan dapat diselesaikan dengan sembahyang!”
“Usaha dan doa, adalah senjata kita orang Islam. Selepas you buat semua tu, you tawakal. Ingat - usaha, doa dan tawakal.” Bersungguh-sungguh Din menasihati.
Comments
Post a Comment