Great Ocean Road - Saat Cinta Mula Bersemi...


BAB 57 - JANGAN GODA AKU

KATA  Azhar, Great Ocean Road yang panjangnya 243 kilometer merentasi bandar-bandar di Victoria seperti Turquay dan Allansford itu dibina sempena mengingati perajurit-perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Jalan itu merupakan satu memorial perang yang paling besar di dunia. Sepanjang perjalanan, mereka berhenti dua kali di lookout points untuk meninjau the Great Ocean Road yang berliku-liku dari atas bukit. Panoramanya amat cantik dan mengagumkan.
“Sebelum bermalam di Port Campbell, kita berhenti sekejap di Great Ocean Road. Kat sini you boleh nikmati keindahan The Twelve Apostles, Loch Ard Gorge, The Grotto dan London Arch puas-puas. Tak lama lagi kita akan sampai,” kata Azhar yang mengambil alih tugas sebagai pemandu pelancong daripada Shen. “Twelve Apostles ni memang terkenal, jadi you mesti tengok,” tambah Azhar lagi.





Lyn Jasmine berhati-hati menuruni anak-anak tangga untuk melihat the Twelve Apostles dan kawan-kawannya secara lebih dekat. Dengan langkah yang lebih panjang, Shen sudah mendahuluinya. Azhar sudah hilang entah ke mana. Dia mengambil beberapa keping gambar lagi. Shen menolongnya mengambil gambar yang cantik, berlatarbelakangkan the Twelve Apostles.
Sekelip mata sahaja, dalam sepuluh atau 15 minit, keadaan bertukar gelap. Cuma terdapat dua orang pengunjung berdekatan mereka. Pasangan kekasih barangkali, tekanya. Tiba-tiba pasangan itu berkucupan mesra. Lyn Jasmine tersentak, dia melarikan pandangan ke arah Shen yang berdiri tidak jauh dari situ. Bimbang jika dia juga sedang menonton aksi romantis pasangan tersebut. Lega kerana Shen sedang memandang ke arah bertentangan. Kemudian, pasangan kekasih tersebut beredar. 


SHEN DAN LYN JASMINE@ 12 APOSTLES

Sekarang hari semakin gelap. Selamatkah mereka di situ? Di tempat begitu malam-malam begini?  “Jom kita naik?” Bagaikan mendengar kata hatinya, Shen mengajaknya beredar.
Lyn Jasmine menurut.
Separuh jalan, mereka berhenti di atas tangga, enggan meninggalkan kedamaian the Twelve Apostles dalam malam yang mula memekat. Mereka berada di situ buat beberapa minit lagi. Hari semakin gelap walaupun jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 petang. Tiupan angin semakin kuat. Badannya ditiup kasar, dia yang hanya mengenakan jaket nipis sudah mula menggigil. Tangannya yang terdedah mula membeku. Lyn Jasmine menggosok-gosok tangan sendiri.
“Sejuk?” Shen bertanya. 
Lyn Jasmine hanya mengangguk perlahan. 
Tiba-tiba Shen membuka jaket yang sedang dipakainya, jaket dihulur kepada Lyn Jasmine.
Lyn Jasmine menggeleng, menolak. “Oh, tak apa… nanti you pulak sejuk.”
Gugup, Lyn Jasmine melarikan matanya. Dalam kesuraman malam, dia masih dapat melihat pandangan redup Shen menusuk matanya.
“I tak apa-apa. I dah biasa.” Tangannya masih menghulur jaket.
Perlahan-lahan Lyn Jasmine mengambil jaket yang dihulur Shen dan memakainya. Sekarang dia memakai dua jaket dan Mr Perfect berlagak yang sombong dan perasan bagus itu berada dalam kesejukan dengan hanya memakai baju T. Sudah tentunya Shen berasa sejuk. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa.
Shen meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek jeans biru muda ‘washed look’ yang seakan lusuh. Pandangan dilempar ke arah lekuk-lekuk di sekitar pinggir laut. Dalam gelap, Lyn Jasmine mengintai figura tinggi dan kacak di hadapannya. Lelaki itu kelihatan semakin menarik dalam pakaian begitu. Ada satu aura nakal dan seksi apabila Shen berpakaian santai seperti itu.  Dia kelihatan begitu mempersonakan.
Seperti mengetahui diri diperhatikan, Shen berpaling ke arahnya. Dalam gelap samar-samar, Lyn Jasmine masih dapat melihat pandangan redup Shen menikam matanya. Gugup, Lyn Jasmine melarikan matanya. Dia berpura-pura membetulkan jaket yang ditiup angin.
Shen mendekatinya. Langkahnya perlahan sahaja. Semakin hampir langkah Shen, semakin kuat dadanya berdetak. Lyn Jasmine menahan nafas apabila Shen berhenti betul-betul dekat dengannya, menundukkan kepala ke wajahnya, dan berkata perlahan, “I got you.” Seksi sekali.
Buntang matanya akibat terkejut. Perasaan keliru dan takut silih berganti. Hangat hembusan nafas lelaki itu menampar pipinya yang hampir beku. 
“Hmm?” Bibirnya terasa kering. Itu sahaja yang mulutnya mampu berkata-kata.
I caught you watching.” Senyum senget kelihatan di tepi bibirnya. Sinis dan nakal. Shen terus melangkah selepas menuturkan ayat yang membuatnya terkaku. 



Comments

Popular Posts