Menulis Full Time atau Part Time?
Salah satu dilema penulis ialah sama ada mahu menulis secara sepenuh masa atau separuh masa. Saya rasa perkara ini antara perkara sulit yg dialami penulis, sama ada penulis yang baru menceburkan diri di dalam bidang penulisan ataupun yang sudah lama bertapak di bidang ini.
Saya tidak terkecuali. Saya bukan mahu memberi tips kerana saya pun masih berada dalam dilema, tetapi saya ingin berkongsi rasa dengan pembaca sekalian beberapa perkara yang harus diambil kira sebelum mengambil keputusan.
Melalui pengalaman saya :-
i) Orang kata jangan berhenti bekerja dahulu sehingga anda sudah menerbitkan 5 karya. Perkara ini ada betulnya. TETAPI, bagi saya, jika anda menulis secara part time, anda akan mendapat part time results. Maksud saya begini... jika anda menulis secara sambilan, anda mungkin hanya mampu menulis 2 atau 3 muka surat sehari. Jika anda mahu menulis 600 muka surat (novel), berapa bulan anda akan dapat menyiapkan sesebuah manuskrip ("MSS")?
Jika majikan anda membenarkan anda mengambil cuti tanpa gaji, saya menyarankan anda ambil tempoh 6-12 bulan untuk menyiapkan MSS tersebut. Pulun menulis sehingga siap dan pastikan MSS dihantar.
Rasionalnya, apabila MSS sudah dihantar dan novel diterbitkan, sekurang-kurangnya anda sudah ada satu buku yang akan generate income manakala skill menulis anda sudahpun diasah sewaktu melalui proses penulisan serta editing bersama editor.
ii) Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja, pastikan anda mempunyai wang simpanan serta beberapa perkara lain seperti kemudahan insurans jika sebelum ini anda masih belum ada ataupun pendapatan sampingan atau back-up income seperti suami atau isteri yang mempunyai pendapatan tetap yang mencukupi. Wang simpanan sekurang-kurangnya bagi jangkamasa 24 bulan keperluan hidup anda, iaitu bagi membayar semua liabilities dan financial obligations. Jika MSS anda siap dan diterbitkan dalam tempoh 12 bulan (jika bernasib baik), anda perlu menunggu selama 6 bulan untuk mendapat royalti pertama. Tempoh 24 bulan pertama teramat kritikal bagi seorang penulis, itupun jika bukunya laris. Jika tidak laris, bagaimana?
iii) Istikharah sebelum anda mengambil keputusan. Itu jalan yang terbaik :).
Semoga anda berjaya!
Nota :
Saya menyiapkan manuskrip pertama dalam tempoh 6 bulan dan buku pertama saya diterbitkan dalam tempoh 12 bulan. Debut novel saya berjudul JATUH HATI DI PARIS. Jangan lepaskan peluang membacanya!

hmmm.. lama jugak ya nak dpt income dr penulisan novel ni. tp kalau dah lps stage tu passive income dlm bentuk royalti tu masyuk tu
ReplyDeletebetul Ishak, seorang penulis harus memiliki kesabaran yang tinggi. Thanks for dropping by :).
Delete