Behind the Scenes- Jatuh Hati Di Paris Part 2

My debut novel, JATUH HATI DI PARIS ("JHDP") membawa saya ke bidang penulisan yang penuh warna warni. Penulisan kreatif ialah satu bidang yang menyimpang jauh dari kelulusan akademik serta cita-cita saya. Setelah berada di dalam dunia ini, saya sedar bahawa menulis novel is not just about writing. I began writing with a purpose and I want to write for some purposes. Now I have fallen in love in this business. Very much in love.

Saya ingin ceritakan bagaimana idea untuk JHDP tercetus. Idea asal cerita ini bermula selepas 'pertemuan saya dengan Arief' di dalam satu medium yang boleh saya katakan sedikit luar biasa. Ketika itu saya berada di dalam sebuah keretapi malam yang membawa saya dari Budapest ke Praha. Dari situ saya kembangkan menjadi sebuah cerita. Ia adalah cerita mengenai Arief.

Sebahagian daripada novel ini ditulis seperti travelog kerana saya ingin membawa pembaca mengalami pengalaman ber"backpacking" bukan sekadar bercerita keindahan sesuatu tempat sahaja. Namun ceritanya telah saya pendekkan.

Halangan besar yang saya hadapi sewaktu menulis manuskrip JHDP ialah faktor bahasa, keperluan menulis dialog yang banyak serta kesihatan yang tidak memuaskan. Namun, Alhamdullah saya berjaya menyiapkan manuskrip tersebut dalam masa 6 bulan dan novel sulung saya berjaya diterbitkan dalam tempoh 12 bulan seperti yang saya rancang. Ketika saya menulis artikel ini, JHDP sudah pun 6 bulan di pasaran.





Comments

Popular Posts