JATUH HATI DI PARIS Bab 5


“Aku tahu dari awal lagi dia sukakan kau!” kata Aza pada suatu hari.
“Siapa?” tanya Nadia kehairanan. Tanpa apa-apa mukadimah, Aza terus berkata begitu.
“Siapa lagi?” Aza berteka-teki. Dia tersengih.
“Siapa?” Nadia menekan sedikit suaranya, geram dengan Aza yang sedang berdrama.
“Kawan Zul itulah...”
“Kawan Zul? Yang mana?” Nadia tertanya-tanya sendiri.
“Yang mana lagi? Of course the one who is insanely cool and impossibly handsome. Dan… sombong gila...” Aza ketawa berdekah-dekah. Ayat terakhir itu bersama perkataan ‘dan’ yang ditekankan bermaksud untuk mengejeknya. Dia pernah memberi komen sebegitu kepada Aza apabila topik berkenaan lawatan mereka ke Paris diperkatakan.
“Mana ada? Kita orang tak borak sangat pun hari itu, bukan macam kau orang, berbual tak ingat dunia.” Giliran dia pula untuk mengenakan Aza.
“Borak atau tak tu cerita lain… sekarang ni, dia asyik tanya Zul pasal kau.?”
“Dia tanya pasal apa?” Kata-kata Aza berjaya memancing minatnya untuk mengetahui lebih lanjut.
“Dia tanya sama ada kau sudah ada teman lelaki atau belum!” Aza tersengih lebar. Dia membuntangkan mata.
Nadia tidak suka apabila Aza berkelakuan begitu. Mesti ada perkara yang gadis itu tahu, tetapi dia tidak tahu.
Spill it.” Nadia menyuruh Aza bercerita lanjut. Dia sudah bersila di hadapan Aza.

“Oh, berminat juga. Hari itu, bukan main lagi jual mahal.” Aza ketawa mengekek.
“Mana ada aku jual mahal? Kalau orang tak sudi membeli, takkan aku terhegeh-hegeh ingin menjual?” Nadia cuba membela diri, tetapi dia tahu dia tidak akan menang dengan Aza yang banyak akal itu.
“Mana ada aku jual mahal? Kalau orang tak sudi membeli, takkan aku terhegeh-hegeh ingin menjual?” Nadia cuba membela diri, tetapi dia tahu dia tidak akan menang dengan Aza yang banyak akal itu.
“Baiklah. Dia tanya Zul, kau sudah berpunya atau belum. Dia tanya boleh tak kalau dia hubungi kau… dia nak berkenalan.” Cerita yang dipendekkan dalam senafas itu diakhiri dengan satu senyuman penuh makna. Mata Aza bersinar-sinar.
Nadia tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Hatinya berbunga riang. “Betul ke?”
“Betullah. Takkanlah dari jauh dia beria-ia nak hubungi kau pula...”
“Dari jauh?”
“Hmm… Dia kan sedang belajar di Amerika, kau tak tahu ke?”
“Tak,” jawab Nadia sepatah.
“Apa yang kau orang bualkan berjam-jam duduk dalam kereta api? Sampai perkara macam tu pun kau tak tahu?”
“Kita orang tak banyak berbual. Entah, aku pun rasa kekok nak berbual dengan dia yang asyik berkepit dengan brosur tu. Lagipun dia lelaki, dia yang patut mulakan dulu.”
“Dia segan kot…”
“Segan? Nampak berlagak adalah. Macam bagus sangat...”
“Dia seorang yang reserved sebenarnya. Tak banyak cakap kecuali benda yang penting. Dia tidak ramah seperti Zul atau kelakar seperti Rizal. Disebabkan itu dia nampak sombong dan berlagak. Kau jangan salah sangka,” terang Aza.
“Aku rasa orang macam dia tu mesti ada awek keliling pinggang. Entah-entah dia nak berkenalan dengan aku pun untuk tambahkan koleksi teman wanita dia,” tingkah Nadia.

“Apalah kau ni, Nadia. Orang nak berkenalan dengan kau pun salah, orang tak tegur kau pun salah.”
“Bukan salah. Kita ni kena berhati-hati dengan orang macam dia tau, Aza….”
“Yalah… yalah... Dia sekarang ni sedang belajar di tahun dua dalam bidang sains komputer di Princeton University di Amerika Syarikat.” Aza menceritakan sedikit sebanyak latar belakang mengenai Arief.
“Dia belajar di Amerika Syarikat, bukan di United Kingdom ni? Jauhnya dia datang bercuti….”
“Kata Zul, kawannya itu memang gila berjalan. Dia ke sini untuk menjelajah Eropah bersama rakan-rakan lain yang belajar di sini.”
“Oh, begitu,” kata Nadia mengerti.
“Ada apa-apa lagi tentang dia yang kau nak tahu?” Aza bertanya.
“Kau cerita apa yang kau tahu pasal dia,” balas Nadia.








Comments

Popular Posts