Jatuh Hati Di Paris Bab 1 - San Francisco, USA
"Papa minta Arief balik ke Malaysia."
“Papa dah tak ada sesiapa yang boleh diharapkan lagi kecuali Arief,” sambung papa apabila tiada jawapan kedengaran dari talian di hujung sana.
Permintaan papa membuatkan Arief resah. Semalaman dia berjaga memikirkan tindakan yang wajar dilakukannya. Selama ini, papa tidak akan merayu atau meminta begitu. Papa hanya akan menyuruhnya berbuat itu dan ini. Jika tidak semua ini tidak akan berlaku.
Permintaan papa membuatkan Arief resah. Semalaman dia berjaga memikirkan tindakan yang wajar dilakukannya. Selama ini, papa tidak akan merayu atau meminta begitu. Papa hanya akan menyuruhnya berbuat itu dan ini. Jika tidak semua ini tidak akan berlaku.
Dari tadi dia bermonolog sendirian. Perbualannya dengan Tylor dua hari lepas singgah ke kotak fikiran.
“Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri meninggalkan tanggungjawabku terhadap keluarga? Melepaskan semuanya ke bahu abang aku seorang?” Satu pertanyaan dilemparkan kepada Tylor. Arief menghela nafas bersama keluhan yang berat. Sehingga kini, dia masih belum ada jawapan bagi permintaan papa. Juga jawapan bagi pertanyaan hatinya itu.
“Aku suka jika kamu di sini menguruskan syarikat kita, tetapi aku juga rasa kamu harus fikirkan hal ini masak-masak. Kamu begitu bertuah kerana masih mempunyai seorang ayah dan keluarga yang menyayangi kamu, tidak seperti aku,” kata Tylor yang kehilangan ayahnya sejak kecil lagi.
“Jadi kamu tidak kisah jika aku pulang ke Malaysia?”
“Bukan aku tidak kisah, tapi aku rasa sudah tiba masanya kau fikirkan kembali tentang hubungan kau dengan bapa kau. Perkara lain, kita boleh uruskan kemudian,” jawab Tylor tenang.
Tiba-tiba Arief berasa keseluruhan pangsapuri begitu kecil sehingga menyesakkan nafasnya. Tanpa berfikir panjang, jejaka muda itu menyarung satu jaket yang nipis dan mencapai kasut jogingnya. Dia perlu keluar dari situ untuk melegakan fikiran dan mencari jalan terbaik mengatasi masalah yang sedang dialaminya. Kurang lima minit, Arief sudah pun berlari-lari anak di jalan yang mula sesak dengan manusia daripada pelbagai golongan.
Kalau nak tahu apa yang berlaku, sila dapatkan novel JHDP ataupun ke link ini untuk membaca bab seterusnya.
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2468&idc=13049
Selamat membaca! Saya harap anda terhibur.
Comments
Post a Comment