CK - Bab 1

She’s a half girlfriend.”
Sham memandang tepat ke arah CK yang baru sahaja menuturkan ayat-ayat tersebut. Jawapan CK terhadap soalannya, siapa Hadana.
Half girlfriend?”
Kepalanya digerak perlahan. Mengangguk.
“Kenapa… ‘half girlfriend’?”
CK ataupun nama penuhnya Chance Humprey Kallaghan yang lebih mesra dipanggil CK, diam sebentar. Berfikir, menyusun ayat yang sesuai. Lelaki muda berketurunan Kadazan-Dusun-Inggeris itu masih kelihatan tenang biar rambutnya yang sudah mencecah pangkal bahu sedikit tidak tentu arah. Rambut dilurut ke belakang, sepasang mata beningnya terarah tepat ke hadapan.

*****
7 tahun lepas.
Kulliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Gombak.

Sudah dua bulan Naufal asyik bercerita tentang ‘sister’ tersebut. Pelajar tahun satu dari Program Perakaunan yang disebut-sebut oleh pelajar lelaki. Yang digilai oleh Naufal. Namanya sering sahaja meniti di bibir para siswa yang sedang seronok mengusha siswi yang baru beberapa bulan berdaftar di kampus Gombak. Naufal tidak ketinggalan, malah dia boleh dikatakan gila bayang dek penangan Kaseh Hadana.
Disebabkan Kaseh Hadana, Naufal sering sahaja menghilangkan diri ke kampus yang menempatkan Kulliyah of Economics and Management Sciences. KENMS, panggil mereka. Antara Kulliyyah of Engineering, KENMS dan Mahallah Zubbair Al-Awwam, jaraknya lebih kurang sepuluh minit berjalan kaki. Tidak jauh. Apatah lagi bagi seorang yang sedang angau dilamun cinta. Sepuluh kali sehari pun Naufal sanggup berulang-alik antara tiga tempat tersebut. Lebih teruk, dalam dua bulan itu, Naufal sudah menghafal jadual gadis yang telah mencuri hatinya.
“Cantik sangat ke sister tu?” tanya CK apabila Naufal mula bercerita tentang Kaseh Hadana.
“Cantik giler. Sweet sangat. Senyumannya, luruh jantung aku. Matanya… ahhh…” Cerita Naufal dengan penuh perasaan, sembari tangan menekan dada. Senyumannya, melebar.
CK membaling buku mechanical engineering yang dipegangnya ke arah Naufal. Buku setebal hampir dua inci itu sempat ditepis Naufal. Jika tidak, tentu sudah benjol dahi Naufal dicium buku tebal itu. Naufal kembali ke alam nyata.
Sah! Kawan baiknya itu sudah diserang angin angau. Naufal sering sahaja tersenyum seorang diri. Sambil mengulangkaji course Costing pun Naufal masih boleh tersenyum. Dia sudah gila agaknya. Kepala digeleng-geleng, bola mata menekuni jadual untuk esok hari.
CK dan Naufal sudah lama berkawan baik, sejak sekolah menengah lagi. Mereka sama-sama belajar di sekolah berasrama penuh di Pahang. Di UIA, mereka mengambil program yang berlainan, tetapi tinggal di satu mahallah dan sebilik. CK mendaftarkan diri di bawah Engineering Programme manakala Naufal mengambil Accountancy Programme.
“Kaseh Hadana namanya,” beritahu Naufal yang entah ke berapa kali. “Cantikkan? Secantik tuannya.”
CK tidak memberi apa-apa komen. Untuk memuji seorang perempuan dia tidak pandai. “Kau cakap hari tu, dia budak Accounting?” CK bertanya setelah Naufal habis bercerita.
“Hmm. Kenapa?”
“Kau dah approach dia ke belum?”
“Aku tengah adjustlah ni.” Naufal tersengih.
“Berapa percent success rate?”
Naufal dengan yakin berkata, “At least 97%.”
“Wow! Confident nampak!”
“Tengok oranglah!”
CK mencebik. Sambil berborak, dia menyiapkan kerjanya untuk esok hari. Naufal pula sedang duduk santai di atas katil CK.
Hey, I’m already on the dean’s list. By final year, I’m going to be the head of KENMS society, and maybe the Dean’s Club president. Kau tengok nanti.”
Yeah… I know!” Naufal memang bercita-cita tinggi. Setiap impiannya, dikongsi bersama CK, teman baiknya.
Naufal tersenyum puas. Dari tadi dia asyik tersenyum.
“So kau yakinlah kau boleh dapat sister ni?”
Di universiti itu, pelajar perempuan atau siswi dipanggil ‘sisters’. Manakala mereka, pelajar lelaki dipanggil ‘brothers’.

“100%!” kata Naufal penuh keyakinan.

Kerana Kaseh Hadana juga, telinganya terpaksa menahan Naufal bercerita tentang gadis itu saban hari. Sikit-sikit Kaseh Hadana. Selagi nama Kaseh Hadana tidak disebut sekurang-kurangnya lima kali sehari, Naufal tidak akan duduk diam.

Disebabkan Kaseh Hadana juga, hari ini dia diheret ke Riverside Cafe. Dari kelasnya di Kulliyyah of Engineering tadi, CK ditarik Naufal ke situ.

Comments

Popular Posts