Mencipta Watak Dalam Novel - Nadia (JATUH HATI DI PARIS)
Sebelum ini saya bercerita bagaimana watak Arief dicipta. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang watak Nadia pula. Proses mencari nama Nadia ini mengambil masa berbulan-bulan lamanya berbanding 'Arief' yang saya sudah tahu sejak dari awal lagi.
Sewaktu saya ingin menulis novel Jatuh Hati Di Paris, apa yang ada di dalam kepala saya ialah seorang wanita berpelajaran tinggi serta mempunyai cita-cita. BIJAK, CANTIK dan MATANG adalah heroin saya dalam JHDP. Dan dia mesti pandai bergaya :).
Nadia ialah seorang wanita berkulit kuning langsat bermata bundar serta berambut hitam pekat yang menjadi igauan lelaki. Tidak lupa juga sifat kewanitaan dan kelembutannya yang memikat. Dan yang paling penting wataknya bertentangan dengan watak hero saya dalam beberapa segi.
Saya mendapat nama Nadia setelah beberapa nama yang saya fikirkan dirasakan kurang sesuai untunya. Seorang anak guru yang dibesarkan secara sederhana. Saya memerlukan satu nama yang tidak terlalu modern serta tidak kekampungan, tetapi cukup memberi impak.
Saya terkenangkan seorang rakan yang suatu masa dahulu saya admire kerana wajahnya yang exotic. Sungguh lain dari yang lain. Nama rakan saya itu Nadia. Saya juga dapati tidak ramai orang yang menggunakan nama Nadia and it's quite commercial. Setelah dipadankan dengan watak 'Nadia' nama itu padan. Namun semua perkara tentang Nadia di dalam JHDP langsung tiada persamaan dengan kawan saya itu kerana saya mahu heroin saya ada apa yang saya mahu dia ada [Nadia- if you happend to read this].
So, can you imagine how Nadia looks like?

Comments
Post a Comment